Mandian Ruqyah Limau Purut

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kurniaan-Nya. Selawat dan Salam atas  Nabi s.a.w.

Mandian Limau Purut Beruqyah ini adalah satu produk yang telah diinovasikan daripada pati limau purut dan juga pati lada hitam yang berfungsi untuk menangkis kejahatan makhluk halus terutaramanya jin dan syaitan. Biasanya bila kita hadir ke mana-mana pusat rawatan, mereka akan membekalkan dengan limau purut, garam dan lada hitam untuk kita mandi dan buat benteng rumah sebagai perlindungan daripada kejahatan jin. 

Mandian Ruqyah Limau Purut

Dengan formulasi yang sama tetapi aplikasi kaedah yang berbeza, kami telah membuat mandian limau purut menjadi semakin mudah yang mana pesakit tidak perlu lagi membuat persediaan untuk mandi air limau purut dengan membelah dan memerah buah limau ke dalam air. Ianya cukup sekadar shampoo seperti mana shampoo-shampoo lain yang biasa digunakan.

Mandian limau purut ini boleh didapati dari pengedar kami di seluruh Malaysia dan juga beberapa pusat rawatan Islam. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt banyak kes yang melibatkan gangguan jin ini berjaya diselesaikan seperti:

1) Rumah ditumpangi Hantu Raya

"dengan izin Allah, hantu raya yang menumpang rumah berjaya dihalau dengan menyembur "spry" mandian limau purut di dalam rumah. selepas 3 hari,

Anak Degil dan Malas Belajar...Apakah Tindakan Anda sebagai Ibu Bapa?

Bismillah dan Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman tentang kedegilan anak-anak dikala mereka membesar. Seperti sedia maklum bahawa setiap anak itu berbeza dari tumbesarannya walaupun kita sebagai ibu bapa memberi kasih sayang dan penjagaan yang sama rata. Sekali terfikir di mana silapnya. 
Sebagai ibu bapa, sememangnya kita akan risau tentang anak-anak sekiranya dia degil dan sukar mendengar kata dan nasihat ibu bapa, malas untuk ke sekolah dan malas untuk belajar. Kerisauan tersebut lagi besar sekiranya ibu bapa tersebut terdiri daripada kalangan guru-guru/pensyarah yang dikatakan sebagai seorang pendidik kerana mereka berjaya untuk mendidik anak bangsa menjadi berjaya sedangkan anak sendiri mereka gagal untuk mendidik. Sebenarnya bukan ibu bapa gagal mendidik mereka tetapi beberapa faktor yang menjadikan mereka begitu aktif, degil, dan malas untuk belajar. 
Antara faktor yang menjadikan anak tersebut degil dan sukar mendengar kata-kata ibu bapa serta malas untuk belajar terutama belajar al-Quran adalah kerana :
1) Masa ibu bapa - Kebiasaanya terjadi bagi ibu bapa yang banyak kerja dan hanya menyerahkan pendidikan anak-anak mereka kepada pengasuh. Almaklum la di tempat pusat asuhan anak-anak, pengasuh sendiri tidak mempunyai masa untuk menjaga anak kita sahaja, malah ramai lagi anak-anak yang lain perlu diberi perhatian.
2) Pengaruh rakan - Tidak kira di mana sahaja, bila-bila masa sahaja, rakan amat penting dalam mempengaruhi pertumbuhan anak-anak. Senang cerita, sekiranya anak-anak tersebut berkawan dengan kawan yang baik, pasti dia akan menjadi baik dan sebaliknya. Kebanyakan perkataan rakan-rakan lagi dipercayai oleh anak-anak berbanding dengan kata-kata ibu bapa mereka.
3) Pemakanan - Berikanlah makanan yang Halal lagi baik pada anak-anak. Ini kerana makanan memberi kesan yang besar dalam tumbesaran anak-anak. Jangan kita hanya melihat, sumber haram itu sekadar mengambil rasuah tetapi tidakkah kita terfikir bagaimana pula dengan rezeki kita yang kita dapat daripada kerja kita yang kita curi masa.
4) Gangguan Jin - Tidak dinafikan bahawa wujud gangguan jin kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak hirau nasihat dan kata-kata ibu bapa. Gangguan ini juga menyebabkan anak menjadi;
a) hyperactive hingga ibu bapa sukar untuk mengawal anak-anak
b) suka bersendirian dan tidak mahu bergaul dengan yang lain
c) sukar tidur malam
d) kerap menangis
e) suka termenung
f) Malas 
g) Suka tidur
h) Melawan kata-kata ibu bapa

Sekiranya ibu bapa perasaan wujudnya tanda-tanda ini dalam diri anak-anak, sememangnya anak-anak tersebut telah diganggu dengan bisikan jin bagi menimbulkan kemarahan ibu bapa terhadap anak-anak dan akhirnya anak-anak akan membenci ibu bapa. 

Di sini saya berkongsi pengalaman dalam mengendalikan kes anak-anak yang malas ke sekolah dan juga anak-anak yang hyperactive.

Kes 1
Seorang ibu datang berjumpa dengan saya dan mengatakan bahawa anaknya yang bersekolah Agama di sebuah sekolah kendalian Yayasan Islam Kelantan tidak mahu ke sekolah dan telah membuat pertukaran ke sekolah aliran biasa dengan alasan, sekolah agama menyusahkan hidupnya. Bila ke sekolah aliran biasa, guru pula datang ke rumah memberitahu ibunya yang anaknya tidak ke sekolah lebih seminggu. Perubahan yang drastik berlaku kepada anaknya, malas ke sekolah, melawan ibu bapanya dan suka keluar rumah hingga lewat malam baru balik. Keadaan ini membimbangkan ibunya kerana dengan usia yang muda sepatutnya anak tersebut balajar bersungguh-sungguh. Lalu ibu tersebut datang berjumpa saya untuk memohon buat solat hajat dan air penawar. Saya memperkenalkan kepada ibu tersebut satu produk yang baik untuk mengatasi masalah gangguan. Ibu tersebut membeli 1 botol MANDIAN RUQYAH LIMAU PURUT untuk dimandikan kepada anaknya. Alhamdulillah, selepas 2 hari mandi, anaknya tidak lagi keluar rumah dan balik lewat malam, dengar kata ibunya dan yang paling penting, anaknya mula rajin ke sekolah. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah swt, ibu tersebut datang kepada saya dan bagitahu saya bahawa anaknya sudah menjadi baik seperti dahulu semula.



Kes 2
Seorang ibu yang anaknya demam setiap pagi membuatkan dia risau akan faktor kesihatan anaknya. Setiap minggu pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat, namun demam anaknya tidak juga sembuh. Kemudian ibu tersebut datang mengadu kepada saya, lalu saya berikan MANDIAN RUQYAH LIMAU PURUT untuk dimandikan kepada anak tersebut yang berusia 5 tahun. Selepas mandian tersebut dilakukan pada petang, keesokan harinya anak tersebut tidak lagi demam. 

Kes 3
Seorang anggota perhilitan Malaysia yang selalu masuk kehutan atas tugasnya mengadu kepada saya kerana sudah 4 bulan demam selsema. Habis ubat hospital dia makan dan ubat dari farmasi juga sudah dicuba namun selsema tetap datang. Saya bertanya kepadany 1 soalah sahaja, sebelum kena demam selsema, ada masuk hutan tak? Dia jawab dia ada masuk hutan di Gerik selama 5 hari. Kemudian saya bagi MANDIAN RUQYAH LIMAU PURUT untuk dia balik mandi. Alhamdulillah selepas mandi, dia tidak lagi ada selsema. Kesemuanya dengan izin Allah swt.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin mendapatkan produk MANDIAN RUQYAH LIMAU PURUT, boleh berhubung terus dengan kami atau dapatkan dengan pengedar-pengedar kami. Kami juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi salah seorang daripada keluarga kami untuk berkongsi rezeki dengan kami. Berminat untuk menjadi pengedar hubungi kami di 019 460 1205 (Ust Lan - perawat pusat rawatan Islam At-tobibi) atau layari kami di facebook 


Kita berikhtiar dan Allah swt jualah Yang Maha Penyembuh

Admin

Bismillahi Rahmani Rahim..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan hari ni untuk up to date my blog... jutaan kemaafan untuk semua kerana terlalu lama sangat tidak berkongsi apa-apa maklumat berkenaan dengan kesihatan...

Insya Allah, semoga peluang sentiasa diberikan untuk kita...

Admin

Atasi Gangguan Jin

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt atas nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhingga, selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. 

Posting untuk kali ini adalah untuk memperkenalkan produk yang sering diperkatakan ramai tentang cara untuk mengatasi masalah gangguan dengan menggunakan produk mandian Ruqyah Limau Purut. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan jus limau purut dan dijadikan sebagai shampoo mandian serta didoakan dan diruqyahkan oleh beberapa orang Ustaz yang berpengalaman dalam bidang perubatan Islam.

Untuk kali ini, pihak RzHealth Care memperkenalkan mandian Ruqyah Limau Purut atau sebelum ini dikenali dengan nama Mandian Limau Purut Beruqyah. Dengan sticker baru dan identiti baru, cuma produk dan kualitinya tetap sama. 






Oleh itu, dapatkan segera daripada kami dengan mendapat potongan harga yang lumayan.

JANGAN DIABAIKAN!!! WAJIB BACA KENA TINDIH WAKTU TIDUR APA YANG ANDA PERLU BUAT ? INILAH CARANYA






KENA TINDIH WAKTU TIDUR apa yang anda perlu buat ?
Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panic ,setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. insyaAllah disini ada beberapa tips untuk anda
.
1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.
3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.
4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. ubah posisi tidur.

Cara mengelakkan ditindih.
.
1. Kibas tilam sebelum tidur
2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur,
     (berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
4. membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh
5. membaca ayat kursi sebelum tidur
6. Istighfar
7. Bismillah 21 kali
8. tidur dilambung kanan
.
InsyaAllah ikhtiar

Mandian Limau Purut

Bismillahi Rahmani Rahim.


Mandian Limau Purut adalah mandian untuk melindungi diri daripada sebarang bentuk gangguan makhluk halus. Ia telah didoakan oleh beberapa orang ustaz yang terlibat secara aktif dalam bidang perubatan Islam dan setakat ini alhamdulillah ramai yang telah mencuba dan telah sembuh daripada gangguan yang berpunca daripada makhluk halus terutama Jin.

Sehingga hari ini, mandian Limau Purut Beruqyah ini telah mendapat sambutan yang menggalakan. Mungkin kerana keserasian dan keselesaan yang dirasai oleh mereka yang telah menggunakannya. \

Antara kegunaan Mandian Limau Purut Beruqyah ini ialah untuk:

(Sila Baca Pada Gambar ini)


Kami juga ingin membantu sesiapa sahaja yang mahu menjana pendapatan dengan menjadi agen dropship kami di seluruh negara. Di samping membantu masyarakat di luar sana yang berhadapan dengan masalah gangguan Jin, anda juga berpeluang menjana pendapatan. Jika berminat, emailkan maklumat anda seperti berikut:

1) Nama Penuh
2) Alamat
3) No telefon

emailkan ke rzhealth_care@yahoo.com 

Kami akan maklumkan kepada ada dengan segera.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi kami (mesej/whatsapp) di talian 013-2971201 (ustaz Lan) untuk sebarang masalah yang dihadapi. 

sekian terima kasih
#admin

Makluman!!! Hari Pengeposan Barangan Tempahan...

Bismillahi Rahmani Rahim...

Alhamdulillah,

Untuk makluman kepada semua pelanggan kami yang dihormati... Semua tempahan barangan yang dibuat hanya diposkan pada setiap hari Ahad dan Rabu sahaja...

Oleh itu, pastikan anda membuat tempahan awal dan segera memaklumkan kepada kami setiap pembayaran yang dibuat secepat mungkin melalui mesej atau whatsapp... Kelewatan memaklumkan kepada kami Mungkin penghantaran barangan anda tertangguh..

Harap Maklum.

Hidup perlu berbudi
#admin
Coppyright by RZ Health & Care. Powered by Blogger.

Text Widget

Mandian Ruqyah Limau Purut

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kurniaan-Nya. Selawat dan Salam atas  Nabi s.a.w. ...

Search This Blog

Ad Banner

Ad Banner
Please Click The Picture For More Information

Hi There, I am

Blogger templates

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Recent Posts

page counter

Popular Posts